AGENDA

Warga emas nyaris maut kereta terjunam dari tingkat tiga parkir

10 Feb 2025, 1:40 PM
Warga emas nyaris maut kereta terjunam dari tingkat tiga parkir

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku kira-kira 2.45 petang ketika lelaki berusia 78 tahun berkenaan hendak meletak kereta jenis Proton Saga itu.

Beliau berkata lelaki terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu melanggar dinding bangunan tempat meletak kenderaan di tingkat 3A itu, menyebabkan ia pecah sebelum kenderaannya terjunam.

“Warga emas itu bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Kawasan itu ditutup bagi kerja-kerja pembaikan segera oleh pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah kereta terjunam dari tempat letak kereta bertingkat dengan pemandunya kelihatan dibantu orang awam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619