AGENDA

Bank Rakyat serah RM48,000 bantuan persekolahan, ringan beban 600 pelajar

10 Feb 2025, 6:00 AM
Bank Rakyat serah RM48,000 bantuan persekolahan, ringan beban 600 pelajar
Bank Rakyat serah RM48,000 bantuan persekolahan, ringan beban 600 pelajar
Bank Rakyat serah RM48,000 bantuan persekolahan, ringan beban 600 pelajar

PETALING JAYA, 10 FEB: Seramai 600 pelajar sekitar Kota Damansara dan Paya Jaras menerima sumbangan bantuan persekolahan bernilai RM48,000 daripada Bank Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan berkata sumbangan berupa beg dan alat tulis diharap dapat meringankan beban keluarga kurang berkemampuan

“Saya amat mengalu-alukan inisiatif seperti ini dan berharap lebih banyak institusi korporat serta awam dapat turut serta dalam melaksana usaha murni bersama kerajaan.

[caption id="attachment_686306" align="aligncenter" width="704"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan (belakang, tengah) bersama pelajar sekolah dalam Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Sungai Buloh di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 10 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya juga berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa dan memberi manfaat kepada anak-anak untuk bersekolah nanti,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau menyempurnakan penyerahan sumbangan di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Dalam majlis berkenaan, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu turut mengumumkan menaja pembukaan akaun i-nuri Bank Rakyat kepada 600 pelajar terbabit dengan deposit permulaan RM20.

[caption id="attachment_686305" align="aligncenter" width="697"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan (belakang, tengah) bersama pelajar sekolah dalam Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Sungai Buloh di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 10 Februari 2025. Hadir sama Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (belakang, dua kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Ramanan mengingatkan penganut beragama Hindu yang menyambut Hari Thaipusam esok supaya menjaga keselamatan diri masing-masing dan meraikan dengan penuh kesyukuran.

“Saya sudah meninjau persiapan bersama perdana menteri di Batu Caves pada minggu lalu. Beliau turut menyampaikan amanat supaya Thaipusam dirai dengan kegembiraan.

“Apa yang paling penting adalah keselamatan penganut yang hadir nanti. Dijangka hampir 1,500 anggota polis akan berada di Batu Caves sepanjang sambutan Thaipusam,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619