AGENDA

KBS rancang inisiatif pindah bakat sukan, pastikan usaha tidak sia-sia

10 Feb 2025, 4:54 AM
KBS rancang inisiatif pindah bakat sukan, pastikan usaha tidak sia-sia

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja terutama jika mereka didapati kurang berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan yang diceburi itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata KBS akan membantu memudahkan perpindahan bakat ke sukan lain bagi memastikan usaha ibu bapa yang menghantar anak mereka berkecimpung dalam sesuatu sukan tidak disia-siakan.

"Sukan yang memerlukan atlet untuk bermula pada usia muda seperti gimnastik berirama adalah satu daripadanya tetapi tidak semua kanak-kanak akan membesar menjadi atlet yang mewakili Malaysia.

"Saya tidak mahu pelaburan awal yang dilakukan ibu bapa dibazirkan. Apabila kanak-kanak itu menyedari mereka tidak berapa bagus dalam sukan itu," katanya selepas merasmikan cawangan baharu Rhythmic Excellence Academy di sini semalam.

Beliau turut memuji langkah positif dilaksanakan antara Rythmic Excellence Academy ditubuhkan Petrina Low yang juga Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia bersama akademi sukan terjun di Bukit Jalil, berkolaborasi dengan bekas penerjun negara Datuk Leong Mun Yee.

“Kerjasama seperti ini yang kita mahu lihat iaitu atlet boleh bertukar kepada sukan lain," katanya sambil menambah Majlis Sukan Negara bersama jurulatih terlibat sedang meneroka kaedah untuk inisiatif itu.

Hannah dalam masa sama memberi contoh bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang pada mulanya bermain bola keranjang sementara ratu wushu negara Tan Cheong Min bermain badminton sebelum kedua-duanya berpindah kepada sukan lain.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619