AGENDA

China kenakan tarif tambahan ke atas barangan AS mulai hari ini

10 Feb 2025, 4:33 AM
China kenakan tarif tambahan ke atas barangan AS mulai hari ini

BEIJING, 10 FEB: China akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS) serta 10 peratus ke atas beberapa barangan lain dari negara itu bermula Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Terdahulu, Beijing mengumumkan bahawa tarif tambahan akan dikenakan terhadap beberapa barangan import dari AS mulai 10 Feb termasuk 15 peratus ke atas LNG dan 10 peratus ke atas minyak mentah, jentera pertanian, kenderaan berkapasiti besar serta trak pikap.

Langkah ini diambil susulan tindakan serupa oleh Washington.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari Kanada, Mexico dan China. Tarif tambahan 10 peratus turut dikenakan ke atas barangan dari China, selain yang telah dikuat kuasa sebelum ini.

Perintah itu juga membatalkan peraturan “de minimis”, yang sebelum ini membenarkan barangan bernilai kurang daripada US$800 diimport ke AS tanpa dikenakan tarif.

Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Pemasaran Antarabangsa di Kementerian Perdagangan China, Bai Ming memberitahu Sputnik/RIA Novosti bahawa pusingan baharu perang dagangan antara dua ekonomi terbesar dunia "sudah bermula".

Menurut Bai Ming, tindakan balas yang diambil Beijing bertujuan menyasarkan sektor utama ekonomi AS dan meminimumkan kesan terhadap China.

- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619