AGENDA

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di Belgium

8 Feb 2025, 12:10 AM
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di Belgium

PUTRAJAYA, 8 FEB: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.

Kementerian itu, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, dalam nasihat medianya semalam berkata ia memantau keadaan dengan teliti dan menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Belgium sentiasa berwaspada serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Brussels di Avenue de Tervueren, 414A, Brussels menerusi telefon di +322 776 0340 / +32 477 32 07 86 (di luar waktu pejabat) atau melalui e-mel di mwbrussels@kln.gov.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619