AGENDA

Banjir: Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak tidak banyak berubah setakat 8 malam

7 Feb 2025, 1:32 PM
Banjir: Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak tidak banyak berubah setakat 8 malam

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat lagi kepada 700 daripada 190 keluarga, berbanding 663 daripada 178 keluarga petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 275 orang (83 keluarga) ditempatkan di PPS Beaufort, 276 orang (70 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, 137 orang (33 keluarga) di dua PPS daerah Keningau serta 13 orang daripada empat keluarga di Tambunan.

Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa terus menurun kepada 4,065 orang berbanding 4,389 orang petang tadi, dengan 21 PPS masih kekal beroperasi.

“Bilangan mangsa banjir di bahagian Bintulu menurun kepada 1,873 orang di lima PPS berbanding 1,907 orang sebelum ini, manakala di Sibu juga berkurangan kepada 1,114 orang di enam PPS berbanding 1,160 orang petang tadi.

“Tujuh PPS di Miri juga mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 452 orang berbanding 694 orang, termasuk di Bahagian Mukah yang menurun kepada 613 orang berbanding 615 orang di empat PPS, sementara di Bahagian Sarikei kekal dengan 13 orang mangsa di sebuah PPS,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619