AGENDA

Banjir landa kem pemindahan di Gaza, puluhan ribu kesejukan, hilang tempat berlindung

6 Feb 2025, 3:40 PM
Banjir landa kem pemindahan di Gaza, puluhan ribu kesejukan, hilang tempat berlindung

GAZA, 6 FEB: Ratusan khemah di kem pemindahan di pelbagai kawasan di Rafah dan Mawasi Khan Yunis di Semenanjung Gaza mengalami banjir akibat hujan lebat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Penduduk yang terpaksa berpindah berkata khemah mereka diterbangkan angin kencang, menyebabkan mereka menghadapi kesejukan tanpa perlindungan.

Hujan lebat yang melanda seluruh wilayah Gaza menambah penderitaan puluhan ribu penduduk tempatan yang rumah mereka terjejas teruk akibat pengeboman intensif.

Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang, apabila ribuan daripada mereka tinggal di khemah yang diperbuat daripada nilon dan kain nipis yang hanya memberikan perlindungan minimum daripada hujan dan ribut.

Mereka yang kembali ke utara Gaza juga bergelut untuk mendirikan dan mengukuhkan khemah mereka, selain menghadapi kekurangan bekalan makanan dan bahan pemanas yang teruk.

Kekurangan bahan api memburukkan lagi krisis, kerana banyak keluarga tidak memperoleh sebarang cara untuk memanaskan diri disebabkan suhu rendah pada waktu malam.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619