AGENDA

Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok

6 Feb 2025, 12:16 PM
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok

BENTONG, 6 FEB: Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan punca kejadian kini di bawah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BKSU), selepas pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan siasatan mereka.

Mangsa Finsen Reskey Sembiring, 27, maut akibat libasan bilah kipas helikopter yang terbalik sebelum terbakar di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur di sini.

“Pihak kita akan berhubung dengan pihak kedutaan Indonesia yang akan memaklumkan kejadian ini kepada ahli keluarga mangsa sementara juruterbang yang terlibat sudah dihantar ke hospital dan sedang berehat selepas dirakamkan keterangan.

“Berapa lama masa yang akan diambil oleh pihak BKSU untuk menyelesaikan siasatan tidak dapat dipastikan buat masa ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Zaiham berkata juruterbang itu berjaya diselamatkan selepas tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan yang berlari dan berusaha mengeluarkan juruterbang terbabit ketika helikopter itu sedang terbakar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619