AGENDA

Medan selera di Puchong diserbu, 58 pendatang asing ditahan

6 Feb 2025, 1:36 AM
Medan selera di Puchong diserbu, 58 pendatang asing ditahan

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, kelmarin.

Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata penahanan dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 102 individu dan antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta menjalankan perniagaan secara haram.

Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita warganegara Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita Indonesia, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki India dan seorang lelaki Vietnam.

“Kesemuanya yang dianggar berusia 18 hingga 40 tahun akan ditempat di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Serbuan berkenaan katanya disertai 95 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran serta Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram.

“Serbuan dijalankan selepas Jabatan Imigresen bertindak atas aduan orang awam dan intipan selama seminggu,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619