AGENDA

AS ambil alih Gaza, pendirian Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah

5 Feb 2025, 9:56 AM
AS ambil alih Gaza, pendirian Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak berubah susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza.

“Kita sedang teliti kenyataan (Trump). Pendirian kita tidak berubah sepertimana pendirian negara-negara Islam yang lain, kita akan ulas kemudian,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas melancarkan dua jilid buku berjudul A Malik Bennabi Reader serta penubuhan International Institute of Futures Studies di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Media antarabangsa melaporkan Trump pada Selasa berikrar bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke negara lain, dengan rancangan untuk membangunkannya secara ekonomi.

Langkah itu akan mengubah dasar AS terhadap konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619