AGENDA

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi

5 Feb 2025, 7:34 AM
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Namun, beliau berkata jumlah sebenar haiwan berkenaan hanya akan diketahui selepas menerima angka rasmi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Bancian terakhir (yang dilakukan terhadap Harimau Malaya) menunjukkan kurang daripada 150 ekor. Kita akan menunggu bancian rasmi untuk mendapat angka yang tepat, tetapi berdasarkan angka awal di lapangan yang diterima, terdapat perkembangan positif.

“Ia adalah hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dibantu oleh pertambahan Ranger Komuniti. Namun populasi Harimau Malaya masih kekal berisiko dan memerlukan perlindungan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini, hari ini.

Pada 12 Nov lepas, Nik Nazmi berkata NRES terus komited untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya bagi memastikan spesies ikonik yang menjadi simbol Jata Negara tidak pupus.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619