AGENDA

Kemalangan di parkir bertingkat hospital sebab cuai, tiada unsur sabotaj

5 Feb 2025, 2:19 AM
Kemalangan di parkir bertingkat hospital sebab cuai, tiada unsur sabotaj

PUTRAJAYA, 5 FEB: Kemalangan membabitkan sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dekat sini semalam tidak membabitkan unsur sabotaj.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata insiden membabitkan kereta Honda WRV dipandu lelaki berusia 39 tahun yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran itu pada 1.15 tengah hari, berlaku disebabkan kecuaian.

“Hasil temu bual bersama mangsa, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.

“Beliau memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian beliau sendiri kerana tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan lalu melanggar tembok di aras 3B tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu tembok penghalang pecah dan serpihan batu terkena sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang berada di bawah tempat itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam, katanya.

Sebelum ini, tular gambar bahagian belakang sebuah kereta terkeluar daripada kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619