AGENDA

Hina Agong di Facebook, ibu lima anak didenda RM4,000

4 Feb 2025, 5:23 AM
Hina Agong di Facebook, ibu lima anak didenda RM4,000

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Seorang ibu kepada lima anak didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail memerintah Norli Mohamed Yusof, 53, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang jahit didakwa menerbitkan hantaran berkenaan di akaun Facebook Norli Nor pada pukul 2 petang, 11 Dis di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

Dia didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan berikutnya boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar Ab Latif dan Lydia Salleh manakala tertuduh diwakili peguam K. Bharathi dan P. Rajagunaseelan.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619