AGENDA

Agong berkenan menerima menghadap panglima ATM baharu

4 Feb 2025, 4:15 AM
Agong berkenan menerima menghadap panglima ATM baharu

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap bekas Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mohd Nizam yang sebelum ini Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas ATM dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 pada 31 Jan lepas.

Beliau menggantikan Mohammad yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM.

Menurut catatan itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Mohammad atas jasa serta sumbangan beliau dalam ATM.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619