AGENDA

PM: Pekerja asing dikenakan caruman KWSP dua peratus

3 Feb 2025, 7:50 AM
PM: Pekerja asing dikenakan caruman KWSP dua peratus

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus.

“Tetapi ada yang bimbang ia akan meningkat, bermula pada 2.0 peratus kemudian naik kepada 4.0 peratus dan 6.0 peratus.

“Ia bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2.0 peratus, yang mana sangat minimum,” kata Anwar semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini.

Beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan di mesyuarat Kabinet minggu ini dan Kementerian Sumber Manusia akan mengumumkan butiran terperincinya.

Semasa pembentangan Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan cadangan untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum kepada KWSP dan akan memberikan layanan yang adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan.

“Cadangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat,” kata beliau pada Dewan Rakyat semasa pembentangan tersebut.

Susulan itu Kementerian Kewangan mencadangkan kadar caruman KWSP diseragamkan untuk rakyat Malaysia dan warga asing dengan kontrak pekerjaan baharu.

Ini bermakna pekerja akan menyumbang 11 peratus manakala majikan menyumbang 12-13 peratus.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mencadangkan kadar caruman untuk pekerja asing dan majikan dengan kontrak sedia ada bermula pada 2.0 peratus dan meningkat secara berperingkat dalam tempoh enam tahun sehingga ia mencapai kadar caruman KWSP untuk pekerja Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619