AGENDA

Lebih 160,000 penumpang guna feri ke Langkawi sempena cuti sekolah

3 Feb 2025, 5:30 AM
Lebih 160,000 penumpang guna feri ke Langkawi sempena cuti sekolah

ALOR SETAR, 3 FEB: Sebanyak 164,612 penumpang menggunakan perkhidmatan feri dari laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Perlis bersempena cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Left Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata jumlah penumpang yang dicatatkan itu adalah dari tempoh 16 Januari hingga semalam.

"Dari laluan Langkawi ke Kuala Kedah jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri ialah 31,117 orang manakala dari laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak 33,708 orang.

"Sementara itu, dari laluan Langkawi ke Kuala Perlis jumlah penumpang ialah 48,784 orang manakala dari laluan Kuala Perlis ke Langkawi sebanyak 51,003 orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh sama, tambahan 49 perjalanan feri telah dibuat iaitu lapan perjalanan masing-masing bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi.

"Bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis pula tambahan 17 perjalanan feri manakala bagi laluan Kuala Perlis ke Langkawi tambahan 16 perjalanan," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619