AGENDA

2,800 anggota tentera siap siaga bantu mangsa banjir Sabah, Sarawak

1 Feb 2025, 12:55 PM
2,800 anggota tentera siap siaga bantu mangsa banjir Sabah, Sarawak

PORT DICKSON, 1 FEB: Seramai 2,800 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sedia digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.

“Banjir di Sarawak melibatkan 13 daerah. Kita mengarahkan Panglima Medan Timur di sana untuk bekerjasama dengan semua agensi keselamatan terlibat. Alhamdulillah, kehadiran anggota tentera di sana banyak membantu pihak penguat kuasa lain.

“Walaupun kita bukan agensi utama yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana di sana, polisi kita adalah menjadi penggerak pertama," katanya selepas menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 201/2024 dan Wanita Siri 49/2024, yang melibatkan 1,339 perajurit muda di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana, Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sehingga jam 12 tengah hari ini, 26 daerah di Sarawak dan Sabah dilanda banjir, dengan penurunan jumlah mangsa kepada 15,009 orang berbanding 17,637 orang, 6 pagi tadi.

Ia melibatkan 4,416 keluarga yang ditempatkan di 87 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619