AGENDA

Anwar: Terus julang sikap mengasihi, genggam erat tali muafakat demi kestabilan negara

1 Feb 2025, 5:38 AM
Anwar: Terus julang sikap mengasihi, genggam erat tali muafakat demi kestabilan negara
Anwar: Terus julang sikap mengasihi, genggam erat tali muafakat demi kestabilan negara

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di laman Facebook hari ini berkata dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan serta tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara.

“Ini selaras dengan konsep MADANI yang menuntut kita semua untuk mengenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang,” kata beliau.

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat hari Wilayah Persekutuan buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya,” kata beliau.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619