AGENDA

PM arah Nadma perkemas kekuatan jentera depani bah Sabah, Sarawak

30 Jan 2025, 9:25 AM
PM arah Nadma perkemas kekuatan jentera depani bah Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

“Berdukacita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak. Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Anwar berkata Jabatan Pendidikan Negeri turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Beliau berkata Skuad Ihsan Madani akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) serta siap siaga bagi penugasan pascabanjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” kata Anwar.

Menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), sebanyak 10,621 mangsa banjir melibatkan 6,692 orang di Sarawak dan 3,929 orang di Sabah ditempatkan di PPS setakat 4 petang ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619