AGENDA

Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera ibu bapa

30 Jan 2025, 4:11 AM
Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera ibu bapa

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai didera ibu bapanya di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada Hospital Kajang pada 1.11 pagi semalam.

“Hospital memaklumkan menerima pesakit kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan zon merah hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat menemukan banyak kesan kecederaan lama dan baharu pada fizikal mangsa dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul.

Susulan itu, katanya ibu bapa mangsa yang berusia 30-an dan 40-an ditahan dan akan direman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Nur Ayuni Abd Aziz menerusi talian 016-2080717.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619