AGENDA

Mesir enggan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin

30 Jan 2025, 2:00 AM
Mesir enggan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin

KAHERAH, 30 JAN: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Kenya William Ruto, di Kaherah, al-Sisi mengulangi pendirian tegas Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.

"Pendirian Mesir mengenai isu Palestin sejak dahulu lagi adalah tidak boleh dirunding," katanya sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap penyelesaian dua negara.

Keselamatan negara Mesir tidak boleh dikompromi. Kami bertekad untuk bekerjasama dengan Presiden (Donald) Trump bagi mencapai penyelesaian damai berasaskan penyelesaian dua negara," katanya.

Trump sebelum ini menggesa supaya Gaza "dibersihkan" dan rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, menyifatkan wilayah itu sebagai “tapak runtuhan” susulan serangan genosid Israel.

Bagaimanapun, Kaherah dan Amman menolak keras sebarang cadangan pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah mereka.

Cadangan Trump itu dibuat selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Jan, dan menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Okt 2023.

- BERNAMA-AA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619