AGENSI

Hijrah Selangor sasar pembiayaan lebih RM60 juta, manfaat ribuan peniaga

29 Jan 2025, 1:28 PM
Hijrah Selangor sasar pembiayaan lebih RM60 juta, manfaat ribuan peniaga

SHAH ALAM, 29 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menyasarkan pembiayaan sebanyak RM60 juta di bawah Skim i-Bisnes bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mearia Hamzah berkata bantuan modal yang terbuka kepada individu lelaki dan wanita di negeri ini dijangka memanfaatkan ribuan peniaga.

Selain itu, katanya Hijrah Selangor juga menyediakan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) khusus untuk usahawan wanita secara berkumpulan dengan sasaran pembiayaan sebanyak RM5 juta kepada kira-kira 500 penerima.

“Tahun 2025, Hijrah Selangor akan terus memberi tumpuan kepada skim sedia ada, iaitu i-Bisnes dan NaDI. Selain memberi perhatian kepada usahawan individu, fokus utama kami juga adalah untuk memperkasakan usahawan wanita,” katanya kepada Media Selangor.

Skim i-Bisnes menawarkan pinjaman sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan atau menambah modal pusingan.

Pada 2 Januari lalu Hijrah Selangor memaklumkan pihaknya membantu seramai 2,806 usahawan menerusi pembiayaan berjumlah RM55 juta dari Januari hingga November 2024.

Menurut agensi itu, bantuan modal tambahan antara usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaan sekali gus memperkasakan ekonomi usahawan di negeri ini.

Pada 11 September tahun lepas, menurut Mearia pihaknya meluluskan 90,475 pembiayaan sejak awal penubuhannya pada 2015 hingga Ogos 2024.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619