AGENDA

Aliran trafik lebuh raya utama perlahan, orang ramai pulang ke kampung

29 Jan 2025, 4:13 AM
Aliran trafik lebuh raya utama perlahan, orang ramai pulang ke kampung

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan pagi ini susulan pertambahan jumlah kenderaan pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 10.30 pagi ini, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) E2 menghala selatan, Lebuhraya Plus E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Menurut jurucakap itu beberapa laluan lorong pintar (smart lane) sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang pengguna jalan raya ke kampung halaman.

“Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Plus KM293.5 hingga KM289.5 arah selatan dari Southville City ke Putra Mahkota, KM194.8 hingga KM184.4 arah selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM302.2 hingga KM297 arah utara dari Tapah ke Gopeng,” katanya ketika dihubungi.

Jurucakap berkenaan turut memaklumkan terdapat kemalangan di KM429.5 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung yang menyebabkan trafik perlahan namun tiada lorong terhalang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619