AGENDA

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000

28 Jan 2025, 2:30 PM
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000

BALIK PULAU, 28 JAN: Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata lelaki 23 tahun itu ditahan di sini semalam hasil maklumat awam dan risikan berhubung kejadian di Bayan Lepas itu.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat 19 transaksi secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan RM39,000, namun tidak mendapat pinjaman wang seperti dijanjikan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619