AGENDA

Lebih 350 trak Unicef masuki Gaza minggu pertama gencatan senjata

28 Jan 2025, 1:02 PM
Lebih 350 trak Unicef masuki Gaza minggu pertama gencatan senjata

NEW YORK, 28 JAN: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Trak berkenaan yang membawa air, kit kebersihan, rawatan kekurangan zat makanan, pakaian tebal, kanvas dan bantuan kemanusiaan kritikal lain, memasuki kawasan itu melalui pintu masuk di utara dan selatan Semenanjung Gaza serta diagihkan bersama rakan kerjasama kepada keluarga yang memerlukan, menurut kenyataan Unicef yang dikeluarkan pada Ahad.

Lebih 2 juta penduduk di Semenanjung Gaza, separuh daripadanya kanak-kanak, menghadapi kekurangan teruk keperluan asas termasuk air bersih, sanitasi, makanan dan rawatan perubatan. Kerosakan infrastruktur adalah amat teruk, menyebabkan banyak sekolah, hospital dan rumah musnah.

“Pasukan kami bekerja tanpa henti untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan, terutamanya di kawasan yang sebelum ini tidak dapat dicapai kerana cabaran operasi atau sekatan,” kata Pengarah Eksekutif Unicef Catherine Russell.

“Pasukan Unicef terus menemui dengan kanak-kanak yang berada dalam keadaan amat memerlukan. Gencatan senjata telah memberikan sedikit kelegaan, tetapi keluarga kembali ke kawasan yang telah musnah sepenuhnya. Kesan fizikal dan emosi amat mendalam.”

- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619