AGENDA

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya sindiket menyamar polis

27 Jan 2025, 1:34 AM
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya sindiket menyamar polis

KUALA TERENGGANU, 27 JAN: Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau “phone scam” yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 16 Jan lepas, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan penyalahgunaan meter air.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta menyerahkan semua maklumat perbankan melibatkan tiga akaun bank kononnya untuk tujuan siasatan.

“Mangsa juga diarahkan supaya memasukkan kad debit ke dalam plastik dan meletakkannya di celah pokok di hadapan rumah. Dia kemudian menerima notifikasi pengurangan wang dalam jumlah yang besar daripada ketiga-tiga akaun bank tersebut.

“Wanita itu lantas menghubungi pihak bank untuk menyekat akaun dan mendapatkan penyata. Selepas diperiksa terdapat lebih 55 transaksi pindahan wang ke empat akaun yang dibuat melalui mesin juruwang automatik (ATM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata susulan itu mangsa yang kehilangan wang simpanan pencennya membuat laporan polis pada 3.35 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619