AGENDA

Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas

24 Jan 2025, 8:23 AM
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu, di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata pemeriksaan ke atas premis berkenaan dijalankan oleh pihaknya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Kementerian Kesihatan semalam.

"Selain dokumen itu turut dirampas uniform dan poster lelaki berusia 54 tahun itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan dan rampasan berkenaan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 atas kesalahan menggunakan anugerah tidak diiktiraf.

Pada Rabu lepas, Anbalagan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

Ia susulan hantaran yang tular di media sosial mengenai isu berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619