AGENDA

Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah

23 Jan 2025, 3:14 PM
Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah

SEREMBAN, 23 JAN: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata penahanan lelaki berusia 37 tahun pada 7.45 petang itu sekali gus menyelesaikan jenayah pecah rumah yang dilakukannya pada hari sama sekitar 3 hingga 6 pagi membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM10,000.

Beliau berkata turut dirampas termasuk beg tangan berjenama, wang tunai mata wang asing, jam tangan, telefon bimbit, minyak wangi, pakaian, beberapa utas cincin dan gold bar.

“Kira-kira 10 pagi semalam, kita terima laporan daripada seorang wanita memaklumkan rumahnya di Taman Desa Ros, Senawang dimasuki pencuri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata semakan rekod mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah termasuk sembilan jenayah narkotik dan ujian saringan air kencing didapati positif.

Suspek kini direman empat hari bermula hari ini serta kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian Hotline IPD Seremban di 06-6033222.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619