AGENDA

Menteri: 80 anak bekas anggota GISBH masih belum dituntut ibu bapa

23 Jan 2025, 10:08 AM
Menteri: 80 anak bekas anggota GISBH masih belum dituntut ibu bapa
Menteri: 80 anak bekas anggota GISBH masih belum dituntut ibu bapa

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) belum dituntut ibu bapa mereka.

Nancy berkata 475 lagi sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

“Memang kita ada berhubung dengan ibu bapa, ada mempunyai minat untuk menuntut balik anak mereka tetapi atas sebab tidak kita ketahui, ada juga tidak jadi ambil.

“Jadi kita mengharapkan kalau itu anak mereka, kita perlu beri keutamaan … ,” katanya selepas Program Sanjungan Ilmu anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini hari ini.

[caption id="attachment_671171" align="alignleft" width="500"] Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata daripada 80 kanak-kanak itu juga enam daripada mereka diperintahkan mahkamah untuk terus tinggal di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun dan perintah tetap itu dikemukakan mengikut Seksyen 30(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mahkamah memerintahkan enam kanak-kanak ini perlu tinggal di bawah jagaan JKM selama tiga tahun. Ada sebab tertentu seperti isu berkaitan ibu bapa mereka," katanya.

Media sebelum ini melaporkan 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada majlis itu, Nancy turut melancarkan Sistem e-Pembelajaran Perkhidmatan Sosial (EPPESO) dan Portal Rasmi ISM.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619