AGENDA

Remaja lelaki melecur dalam kebakaran empat rumah

22 Jan 2025, 2:36 PM
Remaja lelaki melecur dalam kebakaran empat rumah

SHAH ALAM, 22 JAN: Seorang remaja lelaki melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan empat rumah teres dua tingkat di Taman Seri Tiram, Tanjong Karang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mangsa berumur 16 tahun itu melecur tahap dua pada bahagian tangan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.36 pagi dan menggerakkan 16 anggota berserta tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) ke lokasi bagi mengawal kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan empat buah rumah teres dua tingkat kelas A berkeluasan 1,200 kaki persegi setiap unit.

“Dua buah rumah terbakar 50 peratus manakala dua rumah lagi terbakar 30 peratus dan kerja-kerja pemadaman telah selesai dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata mangsa telah diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619