AGENDA

PM: Dasar jelas ekonomi Madani bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI

22 Jan 2025, 12:59 PM
PM: Dasar jelas ekonomi Madani bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI

DAVOS (Switzerland), 22 JAN: Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menyediakan insentif yang mencukupi untuk menarik pelabur utama dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China membuat pelaburan besar di Malaysia.

Beliau berkata seiring dengan kemajuan AI, kerajaan telah mengambil pendekatan menyeluruh untuk menyepadukan AI ke dalam rangka kerja nasional Malaysia, dengan memberi penekanan mewujudkan undang-undang AI yang mantap, pejabat nasional AI, dan langkah-langkah perlindungan data.

"Kami perlu merancang pelaksanaan AI nasional, pejabat AI, perundangan, perlindungan data, dan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan kami dilengkapi sepenuhnya dengan kaedah AI - mengubah sistem pendidikan, perkhidmatan kesihatan, teknologi blok rantai (blockchain)," kata Anwar.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog eksklusif khas bersemuka dengan kepimpinan forum bertajuk ''A Conversation with Anwar Ibrahim'' yang dimudahcarakan oleh pengasas dan pengerusi lembaga pemegang amanah WEF Prof Klaus Schwab.

“Ia perlu dilaksanakan segera, dan kami menggerakkannya (AI) pada kadar yang lebih pantas, sebahagiannya kerana usia saya. Saya tidak mempunyai masa untuk menunggu,” ujar pemimpin berusia 77 tahun itu secara berseloroh.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619