PBT

MBSA kompaun pemandu lori, buang sampah di kawasan larangan

22 Jan 2025, 8:49 AM
MBSA kompaun pemandu lori, buang sampah di kawasan larangan

Oleh Amirahwani Rahimi

SHAH ALAM, 22 JAN: Seorang pemandu lori dikompaun RM500 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana membuang sampah di kawasan larangan dekat Jalan Setia Gemilang U13/47, Seksyen U13 di sini.

Ahli Majlis MBSA Zon 21 Siow Fun Yean berkata tindakan diambil susulan aduan orang ramai berkenaan sebuah lori yang membuang perabot terpakai termasuk sampah domestik di kawasan parkir di situ.

"Pengadu ada beritahu saya dan siasatan telah diambil terhadap pemandu lori terbabit. Kita sudah beri kompaun kepada pelaku tersebut," katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Menurutnya, tindakan diambil bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MBSA 2007 Peruntukan 4.

Dalam pada itu, Fun Yean berkata penduduk setempat mengadakan gotong-royong di kawasan berkenaan pada 20 Januari untuk membersihkan sisa buangan seperti plastik dan botol.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619