AGENDA

Lelaki mengaku salah ceroboh landasan LRT didenda RM250

20 Jan 2025, 8:04 AM
Lelaki mengaku salah ceroboh landasan LRT didenda RM250

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Seorang pengumpul besi buruk didenda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan landasan Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Han Chuan, 43, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin, Wangsa Maju di sini pada 3.35 petang mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Simret Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Wong memohon denda minima atas alasan anak guamnya masih bujang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengumpul besi buruk untuk dikitar semula.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619