AGENDA

Pukul OKU: Pakar gesa ambil iktibar, tangani sikap kurang empati

20 Jan 2025, 5:44 AM
Pukul OKU: Pakar gesa ambil iktibar, tangani sikap kurang empati
Pukul OKU: Pakar gesa ambil iktibar, tangani sikap kurang empati

OLEH NABIHAH HAMID

SHAH ALAM, 20 JAN: Sikap kurang empati dan toleransi yang semakin ketara dalam masyarakat perlu ditangani segera bagi mengelakkan kesan berlarutan terhadap keharmonian sosial.

Mengulas insiden orang kurang upaya (OKU) dipukul di Kemaman baru-baru ini, pakar psikologi Universiti SEGi berkata ia wajar diberi perhatian untuk mengelak kesan buruk kepada masyarakat.

"Ini bukan kisah drama, tetapi kisah yang boleh dijadikan iktibar untuk kita lebih menghargai adab dan sopan santun serta menjadi masyarakat yang harmoni.

[caption id="attachment_682922" align="alignleft" width="296"] Pakar Psikologi Universiti SEGi Prof Datin Dr Mariani Md Nor. Foto laman web KSI Strategic Institute for Asia Pacific[/caption]

"Kita perlu memupuk kesedaran dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian," kata Prof Datin Dr Mariani Md Nor ketika dihubungi Media Selangor.

Kecewa dengan tindak balas masyarakat sekeliling dalam video itu yang tular di media sosial, beliau turut bimbang ia memberikan contoh tidak baik kepada anak-anak kecil.

"Kepada anak-anak yang menonton, saya berharap ibu bapa mereka menyedari kepentingan ini dan memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya.

"Jika dibiarkan, kemungkinan besar keadaan akan menjadi lebih buruk disebabkan tindak balas yang tidak terkawal," katanya lagi.

Pada 17 Januari, seorang OKU kategori mental dipukul selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah gerai di pasar tani, hingga menimbulkan konflik dan menyebabkan pergaduhan.

Berikutan itu, polis Kemaman menahan tiga individu berusia 18 hingga 60 tahun untuk membantu siasatan bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619