AGENSI

Tourism Selangor seru penggiat industri kerjasama rancak pelancongan

20 Jan 2025, 4:00 AM
Tourism Selangor seru penggiat industri kerjasama rancak pelancongan
Tourism Selangor seru penggiat industri kerjasama rancak pelancongan

Oleh Amirahwani Rahimi

KUALA LANGAT, 20 JAN: Tourism Selangor menyeru penggiat industri berganding bahu bagi merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chua Yee Ling berkata pihaknya menyediakan geran kepada persatuan dan komuniti dalam usaha mencapai sasaran lapan juta pelancong mengunjungi Selangor tahun ini.

"Persatuan Kebudayaan Jenjarom telah berjaya mendapat geran industri pelancongan daripada Tourism Selangor bagi peringkat pertama berjumlah RM10,000 sebagai satu sokongan.

"Kita harapkan dengan geran ini, ia boleh menggalakkan lebih banyak persatuan dan komuniti untuk bersama-sama Tourism Selangor membangunkan pelancongan di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Sambutan Tahun baharu Cina di Kampung Bahagia, Jenjarom di sini, minggu lalu.

[caption id="attachment_682898" align="alignnone" width="834"] Pelukis Sky Yong menyiapkan lukisan mural di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat pada 12 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Kerajaan Negeri meluluskan geran RM200,000 bagi mendorong penggiat industri pelancongan merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata 20 penggiat industri dipilih sebagai penerima geran khususnya persatuan bagi menampilkan produk baharu sekali gus mengharumkan nama Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619