AGENSI

Khusus golongan wanita, Hijrah Selangor tawar modal niaga hingga RM50,000

19 Jan 2025, 11:00 AM
Khusus golongan wanita, Hijrah Selangor tawar modal niaga hingga RM50,000
Khusus golongan wanita, Hijrah Selangor tawar modal niaga hingga RM50,000

SHAH ALAM, 19 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan bantuan modal khusus kepada golongan wanita di negeri ini yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, bantuan modal di bawah skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) itu menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000.

“Apa sahaja perniagaan anda, Skim NaDI Hijrah Selangor sedia membantu.

“Dari perniagaan makanan, kraftangan hingga servis kecantikan – usahawan wanita berkumpulan di Sabak Bernam dan Hulu Selangor boleh menikmati pembiayaan sehingga RM50,000 untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Layari hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau imbas kod QR (poster di bawah) untuk permohonan online,” maklumnya di Facebook

Pada 11 September tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya meluluskan 90,475 pembiayaan sejak awal penubuhannya pada 2015 hingga Ogos lalu.

Jelas Dato’ Mearia Hamzah, pembiayaan itu telah memanfaat 60,249 usahawan Hijrah Selangor, sekali gus membantu mereka melakukan pusingan modal perniagaan serta membeli kelengkapan perniagaan.

Sebelum ini Mearia memaklumkan pihaknya meletak sasaran untuk memberi pinjaman RM1 bilion kepada usahawan sempena sambutan ulang tahun kesembilan agensi itu pada tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619