AGENDA

Menteri: Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara

19 Jan 2025, 5:25 AM
Menteri: Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam satu sesi diatur oleh Standard Chartered, Majlis Perniagaan Asean-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia sebagai hab serantau untuk syarikat UK.

"Sehubungan itu, sayanglah kalau syarikat UK tidak memanfaatkan peluang terbentang ini untuk menerokai peluang perniagaan di Malaysia dan ASEAN," katanya menerusi satu ciapan di laman X beliau pada Ahad.

Tengku Zafrul merupakan antara Menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke UK yang berakhir semalam.

Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024 dan menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam berbuat demikian manakala UK menyertainya pada Disember lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619