AGENDA

Banjir kilat: Penduduk mohon bantuan bomba pindah ke tempat selamat 

19 Jan 2025, 4:48 AM
Banjir kilat: Penduduk mohon bantuan bomba pindah ke tempat selamat 

MUKAH, 19 JAN: Empat penduduk di Skim Penempatan Semula Kuala Lama Mukah meminta bantuan pihak bomba untuk memindahkan mereka ke rumah anak masing-masing yang terletak di kawasan perumahan berdekatan, selepas dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PKO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata rumah-rumah mangsa didapati telah dimasuki air manakala jalan menuju ke rumah berkenaan juga ditenggelami banjir.

Beliau berkata sebaik sahaja panggilan meminta bantuan untuk memindahkan mangsa-mangsa terjejas akibat banjir kilat berkenaan pada pukul 7.09 pagi, PKO digerakan segera ke lokasi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Pemindahan di lokasi pertama melibatkan seorang wanita warga emas berusia 83 tahun ke rumah anaknya di Perumahan Orkid. Pemindahan di lokasi kedua pula melibatkan tiga mangsa terdiri daripada seorang dewasa dan dua kanak-kanak ke rumah anak di Perumahan Lavender,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619