AGENDA

Lelaki dilapor hilang sejak Khamis ditemui lemas di sungai

18 Jan 2025, 2:10 PM
Lelaki dilapor hilang sejak Khamis ditemui lemas di sungai

IPOH, 18 JAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat mangsa Rosidi Nor, 43, dijumpai anggota bomba di sungai itu pada 4.10 petang tadi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada sebelah pagi menumpukan pada kawasan sungai berikutan penemuan kasut mangsa di tebing sungai berkenaan.

"Anggota operasi menggunakan teknik pencarian pada permukaan menggunakan bot selepas pencarian di dalam hutan berdekatan gagal menemukan petunjuk.

"Selain itu, turut dilakukan pencarian di kawasan tebing sungai dan pencarian menggunakan bot JBPM serta polis, malah dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Pangkor," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata mangsa berjaya dijumpai anggota penyelamat pada jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) untuk tujuan pengecaman ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Difahamkan, Rosidi yang mempunyai masalah mental dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619