AGENDA

Cuti sekolah: Pantau aktiviti anak-anak, elak lakukan perkara tiada faedah

18 Jan 2025, 6:26 AM
Cuti sekolah: Pantau aktiviti anak-anak, elak lakukan perkara tiada faedah

GEORGE TOWN, 18 JAN: Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak khususnya pada musim cuti sekolah bagi mengelakkan mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah secara fizikal mahupun dalam talian seperti aktiviti buli siber.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata terlalu banyak kes buli siber pada masa kini sehingga menyebabkan mangsa meragut nyawa sendiri.

"Isu ini sangat penting dan masalah ini perlu ditangani sebelum ia merebak dengan lebih meluas," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Kasih Malaysia dan Pertubuhan Wanita Mutiara serta Program Kembali ke Sekolah Bersama Anak-anak Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) berkata, antara fokus pertubuhan itu adalah untuk membantu masyarakat dalam tiga bidang utama iaitu kesihatan mental, buli siber dan pendidikan.

Program anjuran Kasih Malaysia dan Pertubuhan Wanita Mutiara yang merupakan program bantuan persekolahan itu melibatkan pemberian bantuan berbentuk beg sekolah, alat tulis serta wang sumbangan kepada 300 orang pelajar sekolah rendah.

Semua pelajar berkenaan terdiri daripada anak-anak yatim dan anak-anak tidak berkemampuan di Pulau Pinang yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Negeri Pulau Pinang.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619