AGENDA

76 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di penempatan pekerja asing

18 Jan 2025, 3:41 AM
76 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di penempatan pekerja asing

PUTRAJAYA, 18 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang, dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu terdiri daripada rakyat Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India.

"Dalam operasi ini, sebanyak 374 warganegara asing telah diperiksa dan 76 pendatang tanpa izin yang ditahan berumur di antara 20 hingga 55 tahun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata kesemua warga asing itu ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

Beliau berkata operasi susulan aduan awam itu melibatkan 113 pegawai daripada pelbagai bahagian di JIM dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta undang-undang berkaitan termasuk Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619