AGENDA

Kos pembangunan semula Gaza dianggar telan kos lebih US$1 trilion

18 Jan 2025, 2:30 AM
Kos pembangunan semula Gaza dianggar telan kos lebih US$1 trilion
Kos pembangunan semula Gaza dianggar telan kos lebih US$1 trilion
Kos pembangunan semula Gaza dianggar telan kos lebih US$1 trilion

Daripada D. Arul Rajoo

LONDON, 18 JAN: Pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.

[caption id="attachment_682508" align="aligncenter" width="753"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan “The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era’ di London School of Economics and Political Science (LSE) di London pada 17 Januari 2025. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

“Ada yang anggarkan kos sebanyak US$1 trilion,” kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke United Kingdom.

Anwar berkata Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

Pada Rabu diumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa yang diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, berkuat kuasa Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.

[caption id="attachment_674882" align="aligncenter" width="815"] Deretan mayat rakyat Palestin di sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza susulan serangan Israel ke kem pelarian Jabalia, pada 31 Oktober 2023. Foto REUTERS[/caption]

Pada Khamis, Anwar berkata walaupun pembinaan semula menjadi keutamaan, kehilangan nyawa lebih 46,700 rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal perlu turut diakui dan tidak boleh dilupakan.

Anwar dalam rangka kerja lawatan ke United Kingdom dari 15 hingga 19 Jan dan selepas itu akan meneruskan lawatan kerja dua hari ke Belgium.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619