AGENDA

Selangor tumpu sektor berasas teknologi, inovasi bangun ekonomi negara

17 Jan 2025, 12:00 PM
Selangor tumpu sektor berasas teknologi, inovasi bangun ekonomi negara

SHAH ALAM, 17 JAN: Selangor terus menjadi negeri contoh mengembangkan inisiatif berasaskan teknologi dan inovasi bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara langkah strategik dilakukan Selangor adalah melalui Program kecerdasan buatan (AI) Trailblazers, lapor Sinar Harian.

Menurut Amirudin, Selangor bekerjasama dengan Google untuk membangunkan aplikasi AI selain penubuhan Pusat Inkubator AI Selangor yang menyediakan latihan dan pendidikan AI berkualiti tinggi.

"Selangor juga memacu pertumbuhan dalam industri cip dengan pembangunan Semiconductor IC Design Parks di Puchong dan Cyberjaya.

“Selain itu, turut meneroka potensi tenaga boleh diperbaharui melalui Payung Solar Farm dan projek sisa kepada tenaga (WTE)," katanya

Tambah Amirudin, Selangor akan terus memacu gelombang ekonomi mendatang dengan memberi impak terhadap ekonomi Malaysia dan dunia menerusi teknologi dan inovasi.

Ketika membentang Belanjawan 2025, Amirudin berkata Selangor akan mengemukakan kertas putih AI merangkumi usaha meningkatkan kecekapan khidmat kerajaan dalam sidang Dewan Negeri akan datang.

Menurutnya, kertas tersebut turut menyentuh kapasiti mengaudit teknologi itu selain menilai kaedah AI sebagai pelengkap komuniti pekerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619