AGENDA

12 penduduk Gaza dipindah ke empat negara Eropah terima rawatan

17 Jan 2025, 12:00 AM
12 penduduk Gaza dipindah ke empat negara Eropah terima rawatan

LONDON, 17 JAN: Seramai 12 pesakit dari Gaza telah dipindahkan ke Eropah untuk menerima rawatan, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan, menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataan di X.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada negara itu dan Kesatuan Eropah (EU) bagi Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan atas kerjasama dan sokongan mereka.

"Perjanjian gencatan senjata ini menawarkan peluang untuk mempercepatkan pemindahan perubatan untuk lebih 12,000 orang, termasuk ramai kanak-kanak yang sangat memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa di luar Gaza," katanya.

"Kami berharap perjanjian ini akan dikekalkan kerana banyak nyawa bergantung kepadanya. Perdamaian adalah "ubat terbaik"!," kata Ghebreyesus.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Rabu mengumumkan bahawa pengantara telah mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza dan pelaksanaannya akan bermula Ahad ini.

Pengumuman itu dibuat pada hari ke-467 genosid Israel di Gaza, yang telah meragut lebih 46,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

- BERNAMA-AA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619