AGENDA

Mayat bayi perempuan bertali pusat ditemui dalam kawasan surau

16 Jan 2025, 3:55 PM
Mayat bayi perempuan bertali pusat ditemui dalam kawasan surau

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Mayat bayi perempuan ditemui berhampiran Surau Al-Hidayah di Kampung Melayu, Rawang, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 2.30 petang di dalam kawasan surau.

"Siasatan awal mendapati bayi terbabit berpakaian putih dengan perkataan 'Pureen' dan dibalut selimut. Bayi itu masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong.

"Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan," katanya melalui kenyataan hari ini,lapor Berita Harian.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara rahsia.

Noor Ariffin menggesa individu mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

"Orang ramai boleh hubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Khatijah Ibrahim di talian 010-9073483 atau bilik gerakan polis daerah Gombak di 03-61262222," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619