AGENDA

Bah di Perak kembali pulih, PPS terakhir ditutup 2 petang tadi

16 Jan 2025, 9:05 AM
Bah di Perak kembali pulih, PPS terakhir ditutup 2 petang tadi

IPOH, 16 JAN: Situasi banjir di beberapa kawasan di daerah Manjung pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, pada 2 petang tadi.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan semua 31 mangsa membabitkan sembilan keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas lokasi bencana disahkan selamat.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta individu dan badan bukan kerajaan yang membantu dan menyelaras PPS dengan baik sepanjang beroperasi," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619