AGENDA

Warga emas hilang ditemukan lemas di Pulau Pangkor

16 Jan 2025, 4:32 AM
Warga emas hilang ditemukan lemas di Pulau Pangkor

IPOH, 16 JAN: Seorang warga emas lelaki berusia 87 tahun yang hilang sejak 12 Jan lepas ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata anggota Balai Polis Pangkor telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat awam mengenai penemuan mayat mangsa pada 11.24 pagi.

Beliau berkata semakan pihaknya mendapati mengsa dilaporkan hilang Ahad lepas berdasarkan laporan yang dibuat keluarga mangsa di Johor Bahru dengan lelaki itu juga dimaklumkan keluar bersendirian.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil ke Balai Polis Pangkor atau hubungi talian 05-6851222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di 05-6886222 dan WhatsApp 014-6828005,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata proses bedah siasat telah dilakukan di Unit Forensik Hospital Seri Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619