AGENSI

Wakaf Selangor serah sumbangan RM50,000 bina bangunan kelas Kafa

16 Jan 2025, 4:00 AM
Wakaf Selangor serah sumbangan RM50,000 bina bangunan kelas Kafa

SHAH ALAM, 16 JAN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan RM50,000 bagi pembinaan bangunan kelas di Kafa Integrasi Al-Falah Kota Puteri, Batu Arang, Rawang.

PWS memaklumkan sumbangan wakaf fisabilillah yang diserahkan kelmarin diharap dapat meningkatkan keselesaan pelajar dan guru.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah,” katanya di Facebook.

Menurut PWS, pihaknya turut memberikan taklimat bagi menyebar dakwah, kefahaman dan kesedaran tentang manfaat berwakaf kepada warga sekolah berkenaan.

Penyerahan cek cura wakaf dibuat pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid di sekolah berkenaan.

PWS menambah sumbangan wakaf boleh dibuat menerusi laman sesawang fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.

Sebelum ini, ketua pegawai eksekutif PWS memaklumkan agensi itu berjaya mengagihkan wakaf fisabilillah sebanyak RM2.4 juta pada tahun lalu.

Menurut Anuar Hamzah Tohar, agihan dibuat kepada 69 institusi termasuk tujuh masjid, 12 surau dan 45 pusat pendidikan di seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619