AGENDA

Empat ditahan susulan tular video lelaki dipukul di Kajang

16 Jan 2025, 1:00 AM
Empat ditahan susulan tular video lelaki dipukul di Kajang

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki dipukul di kawasan Semenyih, Kajang, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata video kejadian itu didapati tular menerusi media sosial semalam dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5.45 petang, 29 Dis lepas.

“Dua suspek telah ditahan pada 8 dan 12 Jan manakala dua lagi suspek ditahan hari ini (semalam). Hasil semakan terhadap semua suspek berumur 32 hingga 36 tahun itu mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan," katanya.

– BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619