AGENDA

Qatar: Gencatan senjata di Gaza bermula Ahad

16 Jan 2025, 12:00 AM
Qatar: Gencatan senjata di Gaza bermula Ahad

ISTANBUL, 16 JAN: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan pada petang Rabu kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) “akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu” dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar “tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu.”

- BERNAMA-AA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619